Sunday, 23 October 2011

Perbandingan Di Antara Teater Juta-Juta Dan The Secret Life Of Nora



Setiap teater mempunyai perbezaannya yang tersendiri, perbezaan kedua-dua teater ini mempunyai kehebatan yang tersendiri yang boleh di banggakan. Perbezaan yang paling ketara yang boleh di lihat dengan jelas adalah dari segi tempat dan ruang pementasan berlangsung. Teater The Secret Life of  Nora berlangsung di Istana Budaya, sedangkan Teater Juta-Juta hanya di pentaskan di ruang yang terhad iaitu di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaubagaimanapun, itu suma tidak penting melainkan kepuasan yang diterima oleh seseorang penonton.Bagi saya lebih puas menonton Teater Juta-Juta kerana mesej yang ingin di sampaikan sangat padat dan jelas walaupun teater tersebut merupakan teater bajet rendah kerana tidak mempunyai kos yang banyak untuk mementaskan teater ini.

Dari aspek kekaguman, Teater The Secret Life of Nora boleh di banggakan kerana set yang digunakan sangat hebat serta lebih kearah fantasi. Malah kostum yang di pakai juga sangat cantik dan berwarna warni, sesuai dengan setiap karektor yang ingin di tonjolkan dalam teater itu. Kostum yang ditukar pada setiap adegan amat menelan belanja yang agak besar. Malah kostum itu juga sangat sesuai dengan konsep muzikal yang ingin di tonjolkan oleh Tiara di dalam teater tersebut.Akan tetapi, Teater Juta-Juta mempunyai kekaguman dari segi storyline dia yang sangat mantap kerana di barisi oleh tiga pelakon yang sangat hebat.Dari segi kostum, pelakon Teater Juta-Juta hanya simple dan tidak semewah Teater The Secret Life of Nora tetapi masih mampu menarik minat audience untuk menonton teater tersebut sehingga ke pengakhiran cerita tersebut.

Selain itu juga,perbandingan yang boleh di lihat dengan jelas adalah dari segi jumlah pelakon yang terlibat dalam pementasan teater tersebut. The Secret Life of Nora memerlukan ramai barisan pelakon dalam merialisasikan perjalanan cerita teater tersebut. Walhal Teater Juta-Juta hanya membariskan pelakon seramai tiga orang yang menjadi tunjang utama kepada teater tersebut, tetapi masih mampu memberi impak yang besar kepada penonton yang menonton Teater Juta-Juta.

Walaubagaimanapun, bagi pendapat saya, saya lebih tertarik dengan pementasan teater Juta-Juta kerana jalan cerita dan juga kesungguhan pelakon lebih terserlah walaupun hanya dipentaskan di Stor Dewan Bahasa Dan Pustaka sahaja. 

Secara kesimpulannya, tidak kira sama ada pementasan teater yang di buat di tempat yang kecil mahupun besar, sememangnya banyak perbezaan, tetapi sememangnya kualiti haruslah diutamakan.

Review The Secret Life Of Nora


Sinopsis

Teater The Secret Life Of Nora mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nora yang merupakan seorang penyanyi dan juga penari terkenal di negeri Pulau Pinang. Hidupnya yang serba sempurna dengan adanya harta dan paras rupa yang cantik membuatkan dia dicemburui oleh wanita lain. Nora melakukan aktiviti menyanyi di panggung kepunyaannya sendiri. Pada suatu hari, Nora telah mendapat surat tawaran untuk mnjadi penyanyi dari luar negara.

Setelah sekian lama, Nora menyedari bahawa kelabnya sebenarnya merupakan sebuah pusat aktiviti ‘money-launderng’ oleh bapanya. Beliau menjalankan sindiket haram ke seluruh negara. Oleh sebab itu,pihak Polis Antarabangsa sedang menjejaki aktiviti haram tersebut. Walaubagaimanapun, pihak Polis Antarabangsa membuatsatu tawaran kepada Nora untuk bekerjasama dengan mereka untuk menjadi pengintip untuk menjejaki kumpulan sindiket pemerdagangan manusia.

Pihak Interpol telah memilih pegawai terbaik mereka dari India (berkelulusan Oxford), bernama Ashok untuk melatih Nora dalam persediaannya menjalankan tugas barunya itu. Program latihan yang sememangnya mencabar walaupun untuk seorang pengawai terlatih, apatah lagi seorang penyanyi yang biasanya dimanjakan. Namun Nora tekun belatih untuk menjalankan tugas itu bagi menyelamatkan dirinya, panggung serta perniagaannya, disamping untuk menyelamatkan gadis-gadis panggung yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang tidak bertanggungjawab... dan pada waktu yang sama juga, demi jejaka yang secara tidak sengaja, Nora mula merasakan cintanya... namun semuanya harus Nora lakukan secara berahsia.


Review

Bagi saya dunia pementasan teater mungkin sudah sinonim dengan Datin Seri Tiara Jacquelina yang sebelum ini pernah mencipta kejayaan dengan pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) dan Teater Muzikal P.Ramlee.

Jalan cerita ini sama seperti cerita Nora Zain- Ejen Wanita 001 cuma di persembahkan dalam bentuk muzikal. Penggunaan dwi bahasa dalam dialog teater ini amat menarik minat saya serta penonton-penonton yang lain. Muzik yang terdapat dalam teater ini agak menarik kerana mempunyai melodi yang rancak bersertakan tarian yang dimainkan. Malah, yang paling penting tiada pengulangan di antara percakapan dengan nyanyian di dalam teater ini.

Watak Adibah Noor sebagai Khatijah sebenarnya sangat menghidupkan suasana kerana beliau boleh membuatkan penonton ketawa dengan gelagat beliau, tambahan pula aksi beliau yang terbang itu sangat-sangat membuatkan saya teruja.

Selain itu, watak Betty,lakonan Stephanie Van Driesen yang merupakan teman rapat Nora juga banyak membuatkan saya terhibur. Watak yang ditonjolkan oleh Aznil Nawawi juga amat berlainan dengan melakonkan watak Mr.J yang pelat dalam melontarkan huruf 'r' di dalam teater ini amat menghiburkan.

Selain itu juga, kostum yang di gunakan dalam teater ini sangat cantik serta menggunakan warna yang menonjol yang berwarna warni.Tarian yang di tonjolkan di dalam muzikal ini juga sangat menarik serta memukau saya sebagai penonton serta membuatkan saya ingin menonton teater ini sehingga ke akhir.

Konsep pengcahayaan di dalam muzikal ini sangat jelas serta bersesuaian dengan setiap  babak dalam teater ini malahan set yang tetap dan sangat cantik kerana setiap set yang bergerak akan menunjukkan babak yang berlainan di dalam teater ini juga memukau mata yang menonton teater ini. Set di dalam muzikal ini juga berbentuk senget yang membawa makna ke alam fantasi dan agak menarik.Props yang terdapat dalam teater ini juga bersesuaian dengan babak,akan tetapi terdapat juga beberapa props yang tidak di gunakan oleh pelakon dengan betul.

Secara kesimpulannya, teater ini sememangnya amat menarik serta banyak memukau setiap penonton yang menontonnya. Pelakon yang handal, lagu yang menarik, tarian yang hebat serta set yang mantap mampu memukau mata setiap penonton yang menonton teater muzikal ini.

Saturday, 15 October 2011

Review Teater Juta-Juta


SINOPSIS



Teater “Juta-Juta” mengisahkan tentang perjalanan seni tiga orang rakan baik. Mereka merupakan bekas graduan universiti yang bercadang ingin mementaskan sebuah teater di salah sebuah panggung terhebat tanah air iaitu Keraton Seni. Pelbagai usaha telah dilakukan dengan membuat sesi pembentangan bagi mendapatkan sokongan dan tajaan daripada pelbagai pihak dalam mencapai matlamat mereka. Walaubagaimanapun, perjalanan seni mereka menghadapi pelbagai dugaan dan masalah.

Semasa sesi pembentangan dihadapan Pengarah Keraton Seni, bakal penaja, dan juga  pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu. Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater tersebut sehingga ada kalanya perselisihan faham wujud di antara mereka, ini menyebabkan keadaan bertambah rumit dan akan lebih menyulitkan keadaan sehingga menyalahkan pihak lain.

Walaubagaimanapun, masalah dapat diselesaikan dengan munculnya idea daripada salah seorang dari mereka bagi menyiapkan dan melengkapkan teater tersebut.

 
Review


Pementasan teater “Juta-Juta” merupakan arahan saudara Fasyali Fadzli, beliau menampilkan tiga orang pelakon yang terdiri daripada pelajar UiTM, pelajar ASWARA dan juga pelajar UM iaitu pelajar Uitm iaitu Anas Ridzuan, pelajar UM iaitu Fazleena Hishamuddin dan juga pelajar ASWARA yang menjadi tunjang utama di dalam pembikinan teater ini. Kehebatan ketiga-tiga pelakon ini terserlah kerana mampu menggalas 12 watak yang berbeza di dalam waktu yang singkat serta mampu membuatkan penonton berasa teruja. Teater ini telah berlangsung dengan gilang gemilang walaupun dengan keadaan yang serba kekurangan, tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk mereka berkarya.

Permulaan cerita ini agak sukar difahami kerana mempunyai pelbagai unsur subtext tetapi mampu di fahami oleh setiap penonton yang menonton teater ini. walaupun susunan plot teater ini agak bercelaru serta tidak teratur, namun Fasyali bijak mengolahnya sehingga membuatkan semua penonton tidak merasa jemu dalam menyaksikan teater ini. Kebijaksanaan pelakon dalam berinteraksi dengan penonton begitu mengagumkan, sekaligus membuatkan saya teruja untuk mengetahui perjalanan cerita ini sehingga akhir.Bagi saya, kelantangan suara pelakon yang hebat seperti mereka bertiga berjaya menghidupkan lagi jalan cerita ini. Kebijaksaan mereka bertiga dalam menggalas setiap watak yang diberi mampu membuatkan saya dan penonton lain merasa kagum.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh para pelakon dalam menghidupkan watak dan teater ini, terutamanya dari segi nada suara yang tinggi. Ketiga-tiga pelakon dapat mempertahankan nada suara masing-masing walaupun jelas mereka kelihatan keletihan, namun segalanya tidak menjadi penghalang.

Selain itu, set yang digunakan juga sangat sedikit berbanding pementasan teater yang lain, mungkin di sebabkan bajet  yang agak terhad untuk membuat teater ini, tetapi ia masih mampu untuk menyampaikan mesej kepada penonton mengenai apa yang ingin pelakon sampaikan di dalam pementasan itu. Pelakon juga bijak menggunakan set dan props yang sangat terhad di ruang yang terhad dengan bijak tanpa mengganggu jalan cerita teater ini. Malah penonton menganggap bahawa Fashali ingin menyerlahkan lagi daya kreatifnya dalam mementaskan teater.

Pementasan sesebuah teater sememangnya tidak bergantung kepada kuantiti tetapi kualiti yang dihasilkan. Ini dapat dilihat daripada pementasan teater “Juta-Juta” yang hanya dipentaskan di sebuah tempat yang kecil, namun semua itu tidak menjadi penghalang untuk kita menghasilkan sesebuah teater yang baik. Semuanya bergantung kepada  pengarah serta pelakon yang di pilih.

Selain daripada itu, dari segi pencahayaan pula mereka menggunakan cahaya yang sangat besesuaian mengikut mood sesuatu babak di dalam perjalanan cerita ini. Ini menunjukkan bahawa Fasyali bijak menggunakan teknik pencahayaan dengan kemas dan berkesan sehingga membuatkan penonton teruja terhadap pementasan teater ini. Malah, pelakon juga bijak dalam mencari cahaya ketika menyampaikan sesuatu dialog mahupun monolog di dalam teater ini.

Kostum yang digunakan di dalam teater ini sangat sedikit dan sehinggakan pelakon sendiri yang akan memilih kostum yang perlu mereka pakai mengikut kesesuaian watak dari satu babak ke babak yang lain dan di sini menunjukkan kreativiti seorang pelakon terserlah di dalam diri mereka. pelakon sangat profesional sehingga tidak mengendahkan jika berlaku perkara yang tidak di ingini semasa mengenakan kostum yang telah tersedia. sebagai contohnya, saudara Aloy Paradoks tidak mengendahkan apabila tengkolok yang dipakainya sering terlucut semasa pementasan teater berlangsung sehingga membuatkan penonton tertawa melihatnya, tetapi disebabkan sikap profesional beliau, beliau tidak mengendahkan semua itu dan terus berpegang dengan karektor yang diberikan kepada beliau dengan berkesan. Sememangnya, kebijaksanaan pelakon amatlah penting dalam menghasilkan sesebuah teater.

Secara keseluruhannya, teater ini telah membuka minda semua pihak bahawa bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah teater serta mampu membuka mata segenap masyarakat mengenai dunia teater yang sebenar. Bagi saya, ini adalah sebuah teater di dalam teater. Saudara Fasyali menyampaikan apa yang terbuku di dalam hati beliau mengenai dunia realiti yang terjadi di dalam dunia teater masa kini kedalam naskah beliau. Bagi saya, karya ini adalah sangat jelas serta membuatkan penonton memahami kenapa Teater Juta-Juta di beri nama yang sedemikian. Teater “Juta-Juta” mampu menarik berjuta0juta penonton. ^_^”