Sunday, 23 October 2011

Review The Secret Life Of Nora


Sinopsis

Teater The Secret Life Of Nora mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nora yang merupakan seorang penyanyi dan juga penari terkenal di negeri Pulau Pinang. Hidupnya yang serba sempurna dengan adanya harta dan paras rupa yang cantik membuatkan dia dicemburui oleh wanita lain. Nora melakukan aktiviti menyanyi di panggung kepunyaannya sendiri. Pada suatu hari, Nora telah mendapat surat tawaran untuk mnjadi penyanyi dari luar negara.

Setelah sekian lama, Nora menyedari bahawa kelabnya sebenarnya merupakan sebuah pusat aktiviti ‘money-launderng’ oleh bapanya. Beliau menjalankan sindiket haram ke seluruh negara. Oleh sebab itu,pihak Polis Antarabangsa sedang menjejaki aktiviti haram tersebut. Walaubagaimanapun, pihak Polis Antarabangsa membuatsatu tawaran kepada Nora untuk bekerjasama dengan mereka untuk menjadi pengintip untuk menjejaki kumpulan sindiket pemerdagangan manusia.

Pihak Interpol telah memilih pegawai terbaik mereka dari India (berkelulusan Oxford), bernama Ashok untuk melatih Nora dalam persediaannya menjalankan tugas barunya itu. Program latihan yang sememangnya mencabar walaupun untuk seorang pengawai terlatih, apatah lagi seorang penyanyi yang biasanya dimanjakan. Namun Nora tekun belatih untuk menjalankan tugas itu bagi menyelamatkan dirinya, panggung serta perniagaannya, disamping untuk menyelamatkan gadis-gadis panggung yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang tidak bertanggungjawab... dan pada waktu yang sama juga, demi jejaka yang secara tidak sengaja, Nora mula merasakan cintanya... namun semuanya harus Nora lakukan secara berahsia.


Review

Bagi saya dunia pementasan teater mungkin sudah sinonim dengan Datin Seri Tiara Jacquelina yang sebelum ini pernah mencipta kejayaan dengan pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) dan Teater Muzikal P.Ramlee.

Jalan cerita ini sama seperti cerita Nora Zain- Ejen Wanita 001 cuma di persembahkan dalam bentuk muzikal. Penggunaan dwi bahasa dalam dialog teater ini amat menarik minat saya serta penonton-penonton yang lain. Muzik yang terdapat dalam teater ini agak menarik kerana mempunyai melodi yang rancak bersertakan tarian yang dimainkan. Malah, yang paling penting tiada pengulangan di antara percakapan dengan nyanyian di dalam teater ini.

Watak Adibah Noor sebagai Khatijah sebenarnya sangat menghidupkan suasana kerana beliau boleh membuatkan penonton ketawa dengan gelagat beliau, tambahan pula aksi beliau yang terbang itu sangat-sangat membuatkan saya teruja.

Selain itu, watak Betty,lakonan Stephanie Van Driesen yang merupakan teman rapat Nora juga banyak membuatkan saya terhibur. Watak yang ditonjolkan oleh Aznil Nawawi juga amat berlainan dengan melakonkan watak Mr.J yang pelat dalam melontarkan huruf 'r' di dalam teater ini amat menghiburkan.

Selain itu juga, kostum yang di gunakan dalam teater ini sangat cantik serta menggunakan warna yang menonjol yang berwarna warni.Tarian yang di tonjolkan di dalam muzikal ini juga sangat menarik serta memukau saya sebagai penonton serta membuatkan saya ingin menonton teater ini sehingga ke akhir.

Konsep pengcahayaan di dalam muzikal ini sangat jelas serta bersesuaian dengan setiap  babak dalam teater ini malahan set yang tetap dan sangat cantik kerana setiap set yang bergerak akan menunjukkan babak yang berlainan di dalam teater ini juga memukau mata yang menonton teater ini. Set di dalam muzikal ini juga berbentuk senget yang membawa makna ke alam fantasi dan agak menarik.Props yang terdapat dalam teater ini juga bersesuaian dengan babak,akan tetapi terdapat juga beberapa props yang tidak di gunakan oleh pelakon dengan betul.

Secara kesimpulannya, teater ini sememangnya amat menarik serta banyak memukau setiap penonton yang menontonnya. Pelakon yang handal, lagu yang menarik, tarian yang hebat serta set yang mantap mampu memukau mata setiap penonton yang menonton teater muzikal ini.

No comments:

Post a Comment