Saturday, 15 October 2011

Review Teater Juta-Juta


SINOPSIS



Teater “Juta-Juta” mengisahkan tentang perjalanan seni tiga orang rakan baik. Mereka merupakan bekas graduan universiti yang bercadang ingin mementaskan sebuah teater di salah sebuah panggung terhebat tanah air iaitu Keraton Seni. Pelbagai usaha telah dilakukan dengan membuat sesi pembentangan bagi mendapatkan sokongan dan tajaan daripada pelbagai pihak dalam mencapai matlamat mereka. Walaubagaimanapun, perjalanan seni mereka menghadapi pelbagai dugaan dan masalah.

Semasa sesi pembentangan dihadapan Pengarah Keraton Seni, bakal penaja, dan juga  pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu. Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater tersebut sehingga ada kalanya perselisihan faham wujud di antara mereka, ini menyebabkan keadaan bertambah rumit dan akan lebih menyulitkan keadaan sehingga menyalahkan pihak lain.

Walaubagaimanapun, masalah dapat diselesaikan dengan munculnya idea daripada salah seorang dari mereka bagi menyiapkan dan melengkapkan teater tersebut.

 
Review


Pementasan teater “Juta-Juta” merupakan arahan saudara Fasyali Fadzli, beliau menampilkan tiga orang pelakon yang terdiri daripada pelajar UiTM, pelajar ASWARA dan juga pelajar UM iaitu pelajar Uitm iaitu Anas Ridzuan, pelajar UM iaitu Fazleena Hishamuddin dan juga pelajar ASWARA yang menjadi tunjang utama di dalam pembikinan teater ini. Kehebatan ketiga-tiga pelakon ini terserlah kerana mampu menggalas 12 watak yang berbeza di dalam waktu yang singkat serta mampu membuatkan penonton berasa teruja. Teater ini telah berlangsung dengan gilang gemilang walaupun dengan keadaan yang serba kekurangan, tetapi ia tidak menjadi penghalang untuk mereka berkarya.

Permulaan cerita ini agak sukar difahami kerana mempunyai pelbagai unsur subtext tetapi mampu di fahami oleh setiap penonton yang menonton teater ini. walaupun susunan plot teater ini agak bercelaru serta tidak teratur, namun Fasyali bijak mengolahnya sehingga membuatkan semua penonton tidak merasa jemu dalam menyaksikan teater ini. Kebijaksanaan pelakon dalam berinteraksi dengan penonton begitu mengagumkan, sekaligus membuatkan saya teruja untuk mengetahui perjalanan cerita ini sehingga akhir.Bagi saya, kelantangan suara pelakon yang hebat seperti mereka bertiga berjaya menghidupkan lagi jalan cerita ini. Kebijaksaan mereka bertiga dalam menggalas setiap watak yang diberi mampu membuatkan saya dan penonton lain merasa kagum.

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh para pelakon dalam menghidupkan watak dan teater ini, terutamanya dari segi nada suara yang tinggi. Ketiga-tiga pelakon dapat mempertahankan nada suara masing-masing walaupun jelas mereka kelihatan keletihan, namun segalanya tidak menjadi penghalang.

Selain itu, set yang digunakan juga sangat sedikit berbanding pementasan teater yang lain, mungkin di sebabkan bajet  yang agak terhad untuk membuat teater ini, tetapi ia masih mampu untuk menyampaikan mesej kepada penonton mengenai apa yang ingin pelakon sampaikan di dalam pementasan itu. Pelakon juga bijak menggunakan set dan props yang sangat terhad di ruang yang terhad dengan bijak tanpa mengganggu jalan cerita teater ini. Malah penonton menganggap bahawa Fashali ingin menyerlahkan lagi daya kreatifnya dalam mementaskan teater.

Pementasan sesebuah teater sememangnya tidak bergantung kepada kuantiti tetapi kualiti yang dihasilkan. Ini dapat dilihat daripada pementasan teater “Juta-Juta” yang hanya dipentaskan di sebuah tempat yang kecil, namun semua itu tidak menjadi penghalang untuk kita menghasilkan sesebuah teater yang baik. Semuanya bergantung kepada  pengarah serta pelakon yang di pilih.

Selain daripada itu, dari segi pencahayaan pula mereka menggunakan cahaya yang sangat besesuaian mengikut mood sesuatu babak di dalam perjalanan cerita ini. Ini menunjukkan bahawa Fasyali bijak menggunakan teknik pencahayaan dengan kemas dan berkesan sehingga membuatkan penonton teruja terhadap pementasan teater ini. Malah, pelakon juga bijak dalam mencari cahaya ketika menyampaikan sesuatu dialog mahupun monolog di dalam teater ini.

Kostum yang digunakan di dalam teater ini sangat sedikit dan sehinggakan pelakon sendiri yang akan memilih kostum yang perlu mereka pakai mengikut kesesuaian watak dari satu babak ke babak yang lain dan di sini menunjukkan kreativiti seorang pelakon terserlah di dalam diri mereka. pelakon sangat profesional sehingga tidak mengendahkan jika berlaku perkara yang tidak di ingini semasa mengenakan kostum yang telah tersedia. sebagai contohnya, saudara Aloy Paradoks tidak mengendahkan apabila tengkolok yang dipakainya sering terlucut semasa pementasan teater berlangsung sehingga membuatkan penonton tertawa melihatnya, tetapi disebabkan sikap profesional beliau, beliau tidak mengendahkan semua itu dan terus berpegang dengan karektor yang diberikan kepada beliau dengan berkesan. Sememangnya, kebijaksanaan pelakon amatlah penting dalam menghasilkan sesebuah teater.

Secara keseluruhannya, teater ini telah membuka minda semua pihak bahawa bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah teater serta mampu membuka mata segenap masyarakat mengenai dunia teater yang sebenar. Bagi saya, ini adalah sebuah teater di dalam teater. Saudara Fasyali menyampaikan apa yang terbuku di dalam hati beliau mengenai dunia realiti yang terjadi di dalam dunia teater masa kini kedalam naskah beliau. Bagi saya, karya ini adalah sangat jelas serta membuatkan penonton memahami kenapa Teater Juta-Juta di beri nama yang sedemikian. Teater “Juta-Juta” mampu menarik berjuta0juta penonton. ^_^”




No comments:

Post a Comment